Exchange LINK


** Selamat Datang ^_^ Welcome **




~ Assalamualaikum ^_^ Peace be upon you ~


(^__<) Apa yang baik bagiku, itulah yang terbaik untuk mu.. Apa yang baik bagimu, itulah yang terbaik untuk ku.. Percayalah, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita... (>__^)

Gaji PM & Menteri serta elaun Ahli Parlimen(info)

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.

  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari.
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan  : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi  : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:
  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, namun untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.
Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.
  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79
  • wow.... bestnya.... (>__^) 
     

3 comments:

mr_mrs mikko said...

uisssshhh...
bgus dorg bg sikit sma rakyat..
hahha..

dyg said...

ish3...klu sedekah barang seribu dua tmpt orang miskin ka dapat pahala...

nur said...

wow.. first time ni.. baru tau..
ALL IN ONE